Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Masjid Kampung Sungai Besar rafak rasa syukur

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Bagi melahirkan rasa kesyukuran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39, ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar menerusi jemaah subuh tadarus Al-Quran mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Sungai Besar, hari ini.

    Hadir semasa majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit dan Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim yang bermula dari Surah Ad-Duha sehingga Surah An-Nas yang diketuai oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin.

    Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini yang juga Setiausaha AJK Takmir Masjid Kampung Sungai Besar melahirkan rasa kesyukuran menyaksikan Negara Brunei Darussalam terus makmur dengan kepimpinan seorang raja yang disayangi rakyat.

    “Kepesatan pembangunan dan kemajuan negara selama ini merupakan hasil pemerintahan dan kepimpinan hebat yang terajui oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang sangat berhasil dalam memacu negara ini dengan cemerlang,” jelasnya.

    Jemaah subuh bergambar ramai di Masjid Kampung Sungai Besar, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...