Thursday, December 26, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamsul terpaksa tangguh cerai

    Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Rais tidak mengetahui mengenai dakwaan anak guamnya itu sudah melafazkan cerai terhadap Ira Kazar di luar mahkamah.

    Malah Azmi berkata Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, tidak pernah membuka mulut memaklumkan mengenai perkara itu.

    “Setakat ini saya tidak menerima sebarang maklumat mengenai lafaz di luar mahkamah.

    Saya juga tidak menerima saman atau dimaklumkan oleh Syamsul berkaitan hal ini.

    “Syamsul hanya memfailkan tuntutan perceraian dengan kebenaran mahkamah di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor (EUUKIS),” katanya.

    Syamsul kunci mulut mengenai dakwaan melafazkan cerai di luar mahkamah. – mStar

    Menurut mStar, Azmi memaklumkan perkara itu ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada Selasa.

    Syamsul dan Ira bagaimanapun tidak hadir pada sebutan yang berlangsung di hadapan Hakim Syarie Maizatul Aliza Chee Din.

    Dalam pada itu, Azmi memberitahu Syamsul akur kes cerai tersebut terpaksa ditangguhkan.

    “Saya ada berhubung dengannya dan dia terima hakikat kes ini ditangguhkan memandangkan Ira baru lantik peguam.

    “Kita akan tunggu tarikh sebutan seterusnya pada 25 September depan,” ujarnya.
    Ditanya mengenai keadaan Syamsul, Azmi berkata anak guamnya itu berada dalam keadaan baik.

    “Dia dalam keadaan baik. Dia sedia nak lafazkan cerai tapi disebabkan Ira tidak datang, saya kata kepadanya dia pun tidak perlu hadir.

    “Alasan cerai yang disebut adalah tiada persefahaman. Dalam prosiding akan datang kita akan sebut alasan-alasan di mahkamah,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda