Friday, October 25, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syamsul Yusof ubah selera minat lagu Indonesia

    Dikenali sebagai penyanyi rap dan muzik hip hop, pengarah Syamsul Yusof bagaimanapun mendedahkan dia kini menggemari lagu dari Indonesia berjudul Jomblo Happy yang membawa maksud orang bujang yang kini sedang bahagia.

    Syamsul atau Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, berkata, dia mula gemar mendengar lagu nyanyian kumpulan Gamma1 itu selepas dipengaruhi oleh pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Zaim.

    “Okay hari ini saya mengaku lagu ini menjadi lagu kegemaran saya, walaupun saya menyanyi rap dan hip hop tapi lagu ini best. Saya terpengaruh dengan pembantu peribadi saya,” katanya.

    Syamsul berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

    Dalam perkongsian video tersebut, Syamsul dilihat sedang berada di dalam kereta sambil mendengar lagu asal Indonesia itu.

    Pengarah filem The Original Gangster ini kelihatan sangat terhibur sambil menggerakkan tubuhnya mengikut rentak lagu tersebut.

    Untuk rekod, Syamsul mula aktif menyanyi pada 2016 selepas empat tahun mencipta lagu secara diam-diam.

    Setakat ini, Syamsul sudah mempunyai lebih daripada 10 buah lagu termasuk Kalah Dalam Menang, Senorita, Satu Kalimah, Evolusi KL Drift, Jangan Langsi dan banyak lagi. – Agensi

    Syamsul sebelum ini dikenali dengan lagu-lagu bergenre hip hop. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda