Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syarikat AI perlu lapor ujian keselamatan

    WASHINGTON, 29 JAN – Pentadbiran Biden akan mula melaksanakan keperluan baharu bagi pemaju sistem kecerdasan buatan (AI) utama untuk mendedahkan keputusan ujian keselamatan mereka kepada kerajaan.

    Majlis AI Rumah Putih dijadualkan bermesyuarat pada hari ini untuk mengkaji kemajuan yang dicatat berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Presiden Joe Biden tiga bulan lalu untuk mengurus teknologi yang berkembang pesat itu.

    Antara matlamat utama perintah 90 hari itu ialah mandat di bawah Akta Pengeluaran Pertahanan yang menetapkan syarikat AI perlu berkongsi maklumat penting dengan Jabatan Perdagangan, termasuk ujian keselamatan.

    Ben Buchanan, penasihat khas Rumah Putih mengenai AI, berkata dalam temu bual bahawa kerajaan ingin “mengetahui sistem AI adalah selamat sebelum ia dikeluarkan kepada umum – presiden telah menekankan bahawa syarikat perlu memenuhi syarat itu.”

    Syarikat perisian komited kepada satu set kategori untuk ujian keselamatan, tetapi syarikat masih belum mematuhi piawaian biasa mengenai ujian.

    Institut Piawaian dan Teknologi Kebangsaan kerajaan akan membangunkan rangka kerja seragam untuk menilai keselamatan, sebagai sebahagian daripada perintah yang ditandatangani Biden pada Oktober.

    Pentadbiran Biden juga sedang meneliti perundangan kongres dan bekerjasama dengan negara lain serta Kesatuan Eropah mengenai peraturan untuk mengurus teknologi itu.

    “Kami tahu bahawa AI mempunyai kesan dan potensi transformatif,” kata Buchanan. “Kami bukan cuba menjejaskan rancangan, tetapi kami cuba memastikan pengawal selia bersedia untuk menguruskan teknologi ini.” – AP

    Presiden Joe Biden bercakap pada majlis makan malam South Carolina di Columbia pada 27 Januari 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...