Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syarikat didenda $500, buang sampah di tempat awam

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TUTONG, 4 DIS – Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong telah mengeluarkan kompaun terhadap sebuah syarikat kerana didapati melanggar Akta Kesalahan Rampaian 2021, disebabkan oleh membuang sampah di tempat awam.

    Jabatan Daerah Tutong dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Syarikat Usaha Tabsih di EDR.8175 LOT: 6855 Kampung Bukit Sibut daerah ini dikenakan denda kompaun sebanyak $500.00 di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021.

    Syarikat berkenaan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal membayar denda dari tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat tersebut boleh dihadapkan ke mahkamah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00.

    Manakala bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan tidak melebihi $30,000.00, atau dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan Jabatan Daerah Tutong ingin mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis-premis perniagaan agar sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sampah yang dibuang di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...