Sunday, February 2, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat kargo AS setuju bayar saman AS$600 juta

    NEW YORK, 9 APRIL – Syarikat kargo Amerika Syarikat (AS) dengan kereta api yang tergelincir dan telah menumpahkan sejumlah besar bahan kimia toksik di Ohio tahun lepas, telah berkata hari ini ia bersetuju untuk membayar AS$600 juta untuk menyelesaikan saman yang dikenakan oleh masyarakat berhubung dakwaan terhadap kerosakan alam sekitar dan masalah kesihatan.

    Norfolk Southern Corporation ‘telah mencapai persetujuan AS$600 juta pada dasarnya untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah berkaitan dengan kemalangan East Palestine,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

    “Jika diluluskan oleh mahkamah, perjanjian itu akan menyelesaikan semua tuntutan mahkamah dalam lingkungan 20 batu dari tempat kejadian dan, bagi penduduk yang memilih untuk mengambil bahagian, tuntutan kecederaan diri dalam lingkungan 10 batu dari tempat kemalangan.”

    Tiada kematian dalam kemalangan 3 Februari 2023 itu. Bagaimanapun, penduduk East Palestine itu terpaksa berpindah buat sementara waktu apabila asap hitam tebal keluar dari kereta api yang terbakar dipenuhi bahan kimia berbahaya.

    Ramai yang melaporkan masalah kesihatan dan isu kualiti air minuman.

    Norfolk Southern tidak mengakui liabiliti dalam penyelesaian itu tetapi berkata dana itu akan membolehkan orang tempatan dan perniagaan untuk ‘menangani potensi kesan buruk akibat kemalangan itu.’

    “Ini mungkin termasuk keperluan penjagaan kesihatan dan pemantauan perubatan, pemulihan dan penyusutan harta, serta pampasan untuk sebarang kerugian perniagaan bersih,” katanya. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda