Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Syarikat kena $250, halang kaki lima premis

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Sebuah syarikat daripada 11 buah syarikat yang dikeluarkan amaran telah dikenakan denda kompaun bagi kesalahan pertama kerana melanggar Peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan), 2018.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD), di sini, kesalahan berkenaan ialah meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan.

    Denda kompaun sebanyak $250 telah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan semasa Operasi OPKEMAS yang dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, JPBD di Mukim Berakas.

    Syarikat berkenaan diberikan tempoh tiga hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda.

    Pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang ramai, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan Kebenaran Perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi hotline JPBD di talian 8200222.

    Meletakkan barang-barang di kaki lima premis merupakan satu kesalahan. – Gambar serahan JPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...