Sunday, December 3, 2023
32.1 C
Brunei

    -

    Tinggal lebih masa, warga asing dipenjara, sebat

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Mahkamah Majistret, hari ini telah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan serta tiga kali sebatan terhadap seorang lelaki warga Bangladesh kerana tinggal lebih masa di negara ini.

    Yusuf yang berusia 38 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang menyatakan dia melakukan kesalahan berkenaan selepas pas kerjanya tamat tempoh pada 16 Jun 2021 sehingga dia ditangkap.

    Pendakwa Imigresen Adi Yusra Adanan mendedahkan di mahkamah bahawa defendan telah ditahan pada 16 November lalu ketika dia pergi ke pihak penguatkuasaan imigresen bagi meminta penghantaran pulang.

    Pada masa itulah pegawai-pegawai membongkar tindakan tertuduh yang menyalahi undang-undang dalam siasatan.

    Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman selanjutnya mendengarkan bahawa defendan telah melarikan diri daripada majikannya pada 2020.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...