Friday, October 18, 2024
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syasya umum hamil anak sulung

    Selepas hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi asal Malaysia, Syasya berkongsi khabar gembira dirinya kini hamil anak sulung.

    Syasya atau Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, memaklumkan berita gembira itu dengan memuat naik beberapa gambar petunjuk termasuk foto bersama suami Nasrullah Mohd Sapie.

    Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi tertera poster yang menunjukkan baby Emon is on the way.

    Selain itu mereka juga dilihat memegang poster tertulis ‘iya kami bakal dapat anak’.

    Sementara itu menerusi ruangan kapsyen, Syasya secara ringkas mengucap syukur atas kehamilan tersebut.

    “Alhamdulillah,” tulisnya, menurut Syasa umum hamil anak sulung.

    Untuk rekod Syasya dan Nasrullah berkahwin pada 20 April lalu. – Agensi

    Syasya ada cara tersendiri kongsi kehamilan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda