Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syazwan Zulkifly selesa bergerak sendiri

    Pelakon Syazwan Zulkifly memberitahu dia kini tidak lagi terikat dengan mana-mana syarikat pengurusan dan bebas bergerak menguruskan kerjaya seninya sendiri.

    Menurut Syazwan atau lebih mesra dengan panggilan Kepeng, 36, pengunduran daripada syarikat pengurusan berikutan pihak berkenaan tidak berjaya menguruskan kariernya dengan baik.

    “Saya menyesal dan buat satu keputusan salah. Saya tak mengetahui apa pihak pengurusan ni lakukan, bila saya sudah bernaung bawah mereka, karier saya jadi makin sukar.

    “Saya tidak mahu mengaibkan sesiapa sebab perkara pun dah lama… cumanya sebagai contoh job yang saya dapat kebanyakannya daripada saya bukan daripada mereka.

    “Saya cuma nak tahu hala tuju perjalanan karier saja dan apakah perancangan masa akan datang tapi tak ada, jadi saya buat keputusan untuk undurkan diri dan sekarang ini saya bergerak sendiri… jadi apa-apa nak tawarkan kerja hubungi saja saya,” kata Syazwan kepada mStar. – Agensi

    Syazwan selesa bergerak sendiri, serik bernaung di bawah syarikat pengurusan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda