WASHINGTON, 30 SEPT – Puluhan ribu penduduk Texas memberi penghormatan terakhir kepada seorang Timbalan Syerif berbangsa Sikh, yang dibunuh ketika bertugas, Jumaat lalu.
Sandeep Dhaliwal, timbalan syerif pertama dibenarkan memakai turban tradisional Sikh di Amerika Syarikat (AS) semasa bertugas, ditembak dari belakang selepas menahan seorang lelaki atas kesalahan lalu lintas di Houston.
Sebagai tanda menghormati mendiang, perlawanan American Football antara Houston Texans menentang Carolina Panthers dimulai dengan suasana senyap seketika manakala sejumlah penduduk turut berhimpun di luar gereja di seluruh daerah Harris, tempat Dhaliwal bertugas.
Syerif daerah Harris, Ed Gonzalez memberitahu wartawan yang Dhaliwal, 41, ditembak beberapa kali dengan pistol dari belakang ketika sedang menuju ke kereta perondanya.
Dhaliwal berkhidmat dengan pasukan keselamatan selama 10 tahun selepas menjual perniagaan pengangkutannya yang lumayan untuk mengalas tugas yang diharapkannya akan meningkatkan hubungan komuniti dengan Sikh, yang sering berdepan prejudis, lapor Washington Post. – AFP