Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Setelah beberapa tahun menabur usaha, saat menerima segulung ijazah dan sijil amat dinantikan oleh para graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan lebih bermakna apabila hari bersejarah itu disaksikan ibu bapa berkongsi kegembiraan mereka. Rata-rata graduan yang ditemu bual semasa Majlis Konvokesyen UBD ke-33 yang berlangsung