Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    T-Mobile lancar perkhidmatan 5G

    WASHINGTON, 3 DIS – T-Mobile berkata semalam ia menjadi firma pertama yang melancarkan perkhidmatan wayarles 5G di seluruh Amerika Syarikat (AS), walaupun ia adalah lebih perlahan daripada yang dijangkakan oleh sesetengah orang.

    Syarikat nombor tiga di AS itu berkata rangkaian 5G meliputi 200 juta pengguna dan ‘menembusi dinding,’ mengatasi 5G terhad oleh pesaing Verizon dan AT&T pada awal tahun ini.

    “Pelancaran hari ini melonjak T-Mobile ke dalam kedudukan kepimpinan sebagai rangkaian 5G terbesar negara,” kata syarikat dalam satu kenyataan.

    Ia menambah ia akan mempertingkat dan mengembang rangkaian 5G jika ia memuktamadkan satu gabungan dengan firma pesaing Sprint, satu perjanjian yang diluluskan oleh pengawal selia AS namun menghadapi cabaran mahkamah oleh beberapa negeri AS.

    Sistem T-Mobile beroperasi menggunakan jalur rendah yang menawarkan kelajuan lebih cepat daripada rangkaian 4G tetapi di bawah maksimum yang dijanjikan untuk 5G namun syarikat menggelarnya ‘5G berdasarkan standard.’ “Kami membina 5G untuk lebih ramai orang di lebih banyak tempat, dan ia hanya permulaan,” kata Neville Ray, presiden teknologi syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda