Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabuan Muda tewas kepada Thailand

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim telah mengetuai pasukan kebangsaan bawah 16 tahun dalam Kejohanan Lelaki Bawah 16 Tahun Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Indonesia malam ini.

    Pasukan Tabuan Muda mencatat kekalahan 5-0 dalam perlawanan kumpulan pembukaan mereka menentang Thailand di Stadium Maguwoharjo.

    Dua gol daripada penyerang Tontawan Puntamunee dan gol daripada Anumat Seewongkaew, Phanthawat Khetchomphu dan Kitipat Boondaung memastikan kemenangan yang selesa untuk pemenang tiga kali itu.

    Brunei akan meneruskan kempen mereka menentang Timor Leste di Stadium Sultan Agung pada Khamis ini.

    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar bersama pasukan Tabuan Muda pada perlawanan AFF di Indonesia kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda