Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tabung banjir Pakistan kumpul lebih $314,000

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 FEB – Sejumlah $314,307.29 telah berjaya dikutip menerusi Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir bagi menerima sumbangan tersebut ialah Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim selaku Pengerusi Bersama Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022, di Dewan Digadong, KKBS, hari ini.

    Daripada jumlah tersebut, sejumlah $78,773.26 disumbangkan melalui 112 peti tabung yang ditempatkan di masjid-masjid, surau-surau dan balai-balai ibadat di seluruh negara.

    Manakala, Syarikat Datastream Digital (DST) telah menyerahkan sejumlah $90,599, iaitu hasil kutipan derma pelanggan DST melalui kempen SMS Brunei Prihatin, dan juga sumbangan derma sebanyak $5,000 daripada syarikat tersebut.

    Sementara itu, Progresif Sdn Bhd juga telah menyerahkan sejumlah $14,200, yang dikutip daripada derma pelanggan mereka melalui kempen SMS Brunei Prihatin.

    Selain itu, imagine Sdn Bhd telah menyerahkan sejumlah $3,500, iaitu hasil kutipan kempen SMS Brunei Prihatin, portal laman web imagine dan sumbangan syarikat berkenaan.

    Majlis diteruskan dengan mesyuarat penutupan Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022, setelah tabung tersebut dibukakan untuk kutipan derma daripada orang ramai selama tiga bulan, mulai 15 Oktober 2022 hingga 12 Januari 2023.

    Dalam kesempatan ini, Urus Setia Jawatankuasa Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 sukacita merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penderma atas sumbangan derma yang telah diberikan kepada tabung tersebut.

    Haji Mohammad Rosli menerima sumbangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni pada majlis penyerahan derma di Dewan Digadong, KKBS, kelmarin.
    Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid menyerahkan sumbangan hasil kutipan daripada 112 tabung.
    Wakil Progresif menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan SMS.
    imagine juga tidak ketinggalan menyerahkan sumbangan hasil daripada kutipan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda