Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tabung Palestin terima sumbangan $12,000

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 terus menerima sumbangan apabila sejumlah $12,000 diterima daripada empat buah agensi dalam majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan dan menerima sumbangan bagi tabung itu ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kebudayaan) di KKBS, pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) serta ahli-ahli daripada agensi berkenaan.

    Pada majlis itu, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin telah menyumbangkan sejumlah $5,000 bagi tabung berkenaan.

    Sebagai seorang dermawan, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin bukan sahaja menghulurkan sumbangan bagi membantu rakyat Palestin tetapi juga sering menyediakan bantuan dan sokongan kepada masyarakat tempatan yang memerlukan bantuan.

    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin menyerahkan sumbangan berjumlah $5,000 kepada Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JAPEM
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada Zulkader & Company berjumlah $5,000. – GAMBAR SERAHAN JAPEM

    Ke arah itu, sejak April 2004, Yang Dimuliakan Pehin telah menyumbangkan pencen umur tua bulanannya ke Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan di bawah JAPEM, KKBS selama hampir 20 tahun. Beliau menyatakan hasrat bagi terus menyumbangkan pencen umur tuanya ke Tabung Badan Kebajikan Kebangsaan.

    Sementara itu, Persatuan Hokkien telah menyumbangkan sejumlah $1,000 yang disampaikan oleh Naib Presiden Persatuan Hokkien dan Dewan Perniagaan Cina Bandar Seri Begawan, Lee Eng Ching. Hasil sumbangan berkenaan adalah daripada ahli-ahli persatuan.

    Manakala itu, Dewan Perniagaan Cina Bandar Seri Begawan telah menyumbangkan $1,000 yang disampaikan oleh Naib Presiden, Lim Ting Chai. Hasil sumbangan berkenaan adalah daripada ahli-ahli persatuan.

    Pada majlis itu juga, Zulkader & Company menyumbangkan $5,000 yang disampaikan oleh Pengurus Pemasaran, Awang Mohammad Aasheer s/o Imtiaz Ahmad.

    Tempoh kutipan Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin di Gaza 2023 telah dilanjutkan selama tiga bulan lagi iaitu sehingga 18 April bagi memberikan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan aktiviti-aktiviti amal dan sumbangan derma kepada rakyat Palestin di Gaza.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...