Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taikun Vietnam ditahan susulan kes penyelewengan wang

    HANOI, 24 NOV – Pendakwa raya Vietnam mengumumkan dakwaan terhadap usahawan minuman terkemuka hari ini, yang terbaharu dalam siri tangkapan menyasarkan pemimpin perniagaan ternama yang dituduh menggelapkan berbilion dolar.

    Truong Quy Thanh, ketua Kumpulan Tan Hiep Phat, usahawan yang mengeluarkan beberapa minuman ringan paling popular di negara itu akan didakwa bersama dua anak perempuannya kerana menyelewengkan AS$31.5 juta.

    Pihak berkuasa Vietnam telah mendedahkan beberapa rentetan pendakwaan sejak kebelakangan ini yang menuduh individu perniagaan ternama melakukan penipuan besar-besaran.

    Do Anh Dung, pengerusi pemaju hartanah Tan Hoang Minh Group, akan didakwa kerana memperoleh AS$355 juta secara haram dalam penjualan bon kepada lebih 6,500 pelabur, perkara itu diumumkan minggu ini.

    Pengerusi pemaju hartanah Van Thinh Phat, Truong My Lan, telah dituduh dengan rakan sejenayah menggelapkan AS$12.5 bilion daripada Bank SCB ‘untuk tujuan peribadi’, lapor laman berita VNExpress, memetik kertas siasatan akhir polis.

    Van Thinh Phat memiliki hotel mewah yang ditubuhkan pada 1992, restoran, pangsapuri mewah dan juga telah melabur dalam perkhidmatan kewangan.

    Polis telah menyatakan bahawa Lan didakwa atas tuduhan rasuah, melanggar peraturan perbankan dan penyelewengan.

    Laporan media negara itu berkata, 85 yang lain didakwa atas kesalahan yang sama, serta mengagihkan harta dengan menyalahgunakan amanah.

    Nilai peruntukan aset yang didakwa Lan adalah bersamaan dengan sekitar tiga peratus daripada jumlah KDNK Vietnam untuk 2022. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...