Tuesday, April 29, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Takaful Brunei rai Takbir Syukur Aidilfitri

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Syarikat Takaful Brunei Darussalam Sdn Bhd (Takaful Brunei) dan anak-anak syarikatnya, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) telah menganjurkan Takbir Syukur Aidilfitri, baru-baru ini.

    Majlis sebagai acara tahunan di bulan Syawal itu telah berlangsung di Songket Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Antara yang hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya; dan para pegawai dan kakitangan Takaful Brunei.

    Lebih 700 tetamu yang terdiri daripada ahli-ahli lembaga pengarah, badan penasihat syariah, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pelanggan-pelanggan korporat, rakan niaga dan wakil media telah berhimpun pada majlis tersebut.

    Takaful Brunei berharap melalui sambutan yang meriah ini, pelanggan mereka dapat membina kepercayaan dan keyakinan yang lebih kukuh dengan bertemu secara peribadi kakitangan dari pelbagai jabatan.

    Syarikat berkenaan turut berhasrat untuk menyatakan terima kasih mereka atas kesetiaan pihak-pihak berkepentingan dan sokongan berterusan mereka.

    Antara tetamu yang hadir pada Majlis Takbir Syukur Aidilfitri anjuran Takaful Brunei baru-baru ini. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda