Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Takaful Brunei terima 3 anugerah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Takaful Brunei telah memenangi tiga anugerah daripada Insurance Asia Awards 2022, dengan Takaful Brunei Mobile dianugerahkan sebagai Aplikasi Mudah Alih Terbaik Brunei, Takaful Brunei Am Sdn Bhd (TBA) dianugerahkan Penginsurans Umum Dalam Negara Terbaik dan Takaful Brunei Keluarga Sdn Bhd (TBK) menerima anugerah Penginsurans Nyawa Dalam Negara Terbaik.

    Insurance Asia Awards mengumpulkan syarikat-syarikat insurans dan takaful terkemuka di Asia sebagai pengiktirafan terhadap inisiatif, perkembangan produk dan perkhidmatan mereka, serta penyelesaian inovatif.

    Anugerah tersebut telah diberikan sejak 2016 dengan lebih 130 syarikat takaful atau insurans dicalonkan dari 30 buah negara.

    Takaful Brunei dengan bangganya mewakili Negara Brunei Darussalam sebagai salah satu daripada banyak syarikat yang dicalonkan dan dianugerahkan.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, selaku Pengerusi Takaful Brunei berkata, Takaful Brunei bersyukur dan berbesar hati menerima tiga anugerah antarabangsa yang berprestij dan amat menghargai sokongan daripada semua pihak berkepentingan yang menyumbang kepada kejayaan berkenaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew dan Haji Shahrildin bergambar bersama tiga anugerah yang dimenangi Takaful Brunei. – Gambar serahan Takaful Brunei

    “Insya-Allah, Takaful Brunei akan terus berusaha ke arah kecemerlangan perkhidmatan sebagai penyedia perlindungan takaful terkemuka dengan mendengar dan berkembang kepada keperluan pelanggan,”tambahnya.

    Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Brunei, Haji Shahrildin bin Pehin Orang Kaya Lela Utama Dato Paduka Haji Jaya pula berkata, “Alhamdulillah, kami berterima kasih kepada lembaga pengarah, Badan Penasihat Syariah Brunei Darussalam Central Bank, tenaga kerja kami yang berdedikasi, rakan kongsi perniagaan, dan
    semua pelanggan kami yang amat dihargai atas pencapaian ini.

    “Kami dengan rendah hati berbangga untuk berkongsi pencapaian ini bersama-sama dengan Brunei Darussalam dan meneruskan perjalanan untuk mengejar penyelesaian digital yang inovatif untuk pelanggan kami dan bercita-cita untuk menyediakan perlindungan takaful dengan standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi.”

    Dalam kenyataan tersebut, Takaful Brunei menjelaskan bahawa anugerah tersebut menandakan pengiktirafan terhadap perjalanan mereka sebagai peneraju pasaran yang progresif dalam industri takaful dan insurans, dan Takaful Brunei berterima kasih kepada semua pelanggan serta peserta kerana menjadikannya sebagai institusi yang unggul.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...