BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) menyambut kedatangan bulan Syawal 1444H dengan laungan takbir raya yang berlangsung di Surau Al-Hikmah, Penanjong Garison, malam ini.
Hadir ke majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.
Majlis bermula dengan sembahyang Fardu Isyak berjemaah dipimpin oleh Imam Surau Al-Hikmah, Awang Mohamad Syazwan bin Mohamad Nazmi.
Majlis kemudian diteruskan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Pegawai Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Kapten Abdul Mu’iz Azizi bin Zulkifli diikuti dengan laungan takbir dan bacaan doa.
Majlis yang serupa turut diadakan secara serentak di seluruh surau garison, perkhemahan dan pangkalan ABDB termasuk Masjid Pulau Baru-Baru.