Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taklimat semai semangat kenegaraan

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Dalam usaha berterusan untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Kenegaraan, Seksyen Komunikasi Strategik terus giat menjalankan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam.

    Pada 29 Januari, jabatan berkenaan telah mengadakan program tersebut di Sekolah Menengah Berakas (SMB) yang dihadiri oleh seramai 113 orang penuntut Tahun 7.

    Turut hadir ialah Pengetua SMB, Awang Alexandar bin Bandang dan tenaga pengajar sekolah tersebut.

    Sementara itu, pada 23 Januari, program serupa telah diadakan bagi Sekolah Menengah Sayyidina Hasan (SMSH), yang dihadiri seramai 199 orang penuntut Tahun 7.

    Turut hadir ialah Pengetua Sekolah Menengah Sayyidina Hasan, Awang Moss bin Mat Juni dan tenaga pengajar sekolah.

    Taklimat-taklimat antara lain menyentuh mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan.

    Para penuntut juga menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara dan Semarak Pengibaran Bendera.

    Selain itu, para penuntut juga berpeluang menyertai kuiz kenegaraan dan menerima hadiah-hadiah sumbangan Jabatan Penerangan.

    Ketua Unit Kenegaraan, Jabatan Penerangan, Hajah Noorhijrah binti Haji Idris semasa menyampaikan sesi taklimat kenegaraan kepada para penuntut SMSH. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Salah seorang pelajar SMB menjawab kuiz yang turut diadakan di akhir taklimat. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Pelajar SMB menerima hadiah daripada pengetua sekolah. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Pengetua SMSH menyampaikan hadiah kepada pelajar. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...