Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kanak-kanak tersepit dalam mesin basuh

    ALOR SETAR, 31 JAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang tersepit dalam mesin basuh di rumahnya di Jalan Felda Lubuk Merbau, Kuala Nerang berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang Penolong Penguasa Bomba, Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3:53 petang tadi.

    “Sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang telah dikerah ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun tersangkut dalam ruangan bahagian pengering mesin basuh jenis manual.

    “Anggota bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada keluarganya dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...