Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Susulan makluman penutupan sementara beberapa buah kaunter perkhidmatan di jabatan-jabatan dan bahagian di Kementerian Kewangan dan Ekonomi bermula 9 Ogos, talian-talian perhubungan di Jabatan Perbendaharaan telah dikemas kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah telah mengongsikan talian-talian berkenaan pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Beliau berkata, bagi Bahagian Akaun, Unit Potongan Pinjaman Kenderaan orang ramai boleh menghubungi talian 2383445, Unit Sewa Rumah dan Wang Pendahuluan di talian 2383931, Unit Potongan Pinjaman Rumah di talian 2383931 dan Unit Skim Bantuan Pinjaman Pendidikan di talian 2383445 atau 7373222.
Bagi Bahagian Perkhidmatan Kewangan dan Perbekalan, Unit Elaun Pelajaran di talian 2383461, Unit Elaun Cuti Tambang di talian 2383461, Unit Pinjaman Rumah di talian 2383483, Unit Pinjaman Kenderaan di talian 2383476, Unit Pencen dan Baksis di talian 2383478 dan Unit Stor dan Perbekalan di talian 2384545.
Manakala itu, bagi Bahagian Pembayaran dan Kutipan Hasil, orang ramai bolehlah menghubungi talian 2380822 atau 2383469.