Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    Taliban masih tidak dibenarkan akses rizab bernilai AS$3.5 bilion

    AFGHANISTAN, 15 SEPT – Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menegaskan pihaknya tidak membenarkan Taliban mengakses rizab Bank Da Afghanistan bernilai AS$3.5 bilion selagi tiada pembaharuan dilaksanakan, walaupun pengeluaran dana untuk mengurangkan tekanan ekonomi  dibenarkan, lapor agensi Anadolu.

    Washington mengumumkan pembentukan mekanisme pembiayaan antarabangsa dengan membenarkan Afghanistan membayar beberapa hutangnya menggunakan rizab yang telah dibekukan AS selepas Taliban menguasai negara itu pada Ogos 2021.

    Jurucakap Jabatan Negara Ned Price berkata dana itu akan digunakan untuk membayar input kritikal, khususnya pembayaran elektrik dan hutang lain, yang sekiranya tidak dibayar akan menyebabkan Afghanistan terjerumus kepada ketidakstabilan makroekonomi yang lebih teruk. 

    “Itu tidak akan memberi manfaat kepada rakyat Afghanistan. Kami akan melakukan yang terbaik untuk kepentingan rakyat Afghanistan, dan struktur pengauditan untuk memastikan dana digunakan seperti diharapkan,” katanya.

    AS tidak akan membenarkan Taliban mengakses rizab sehingga pembaharuan yang digariskan  pentadbiran Biden sebelum ini, termasuk membuktikan bank pusat bebas daripada kawalan kerajaan Afghanistan, memulakan antipengubahan wang haram dan menghalang pembiayaan aktiviti keganasan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...