Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Murid-murid Taman Didikan Anak-anak Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun telah diraikan pada majlis yang berlangsung di Dewan Stadium Hassanal Bolkiah, Ibu Pejabat Polis Gadong, baru-baru ini.
Pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Akademik Terbaik dan Cemerlang bagi 2022 itu, seramai 35 orang murid yang meraih keputusan cemerlang telah menerima sijil kepujian berserta hadiah, manakala itu, 43 murid menerima sijil penghargaan setelah menamatkan sesi persekolahan bagi 2022.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI).
Majlis diserikan dengan persembahan-persembahan tarian dan nyanyian oleh murid-murid KG 1 dan KG 2.
Majlis merupakan acara tahunan untuk memberikan sokongan berterusan dan meraikan murid-murid cemerlang.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri Timbalan Pesuruhjaya Polis, Datin Sabrina Aziemah binti Abdullah Chong selaku Pengerusi PEKERTI.
