Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taman Terapi Pusat Ehsan diberi nafas baharu

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 MEI – Bagi mewujudkan persekitaran terapeutik yang menenangkan dan menggembirakan, Great Eastern Life Assurance Co Ltd, Cawangan Brunei pagi tadi telah melancarkan semula Taman Terapi Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, mengubahnya menjadi Zen Space untuk keperluan warga di Pusat Ehsan.

    Perasmian semula taman berkenaan disempurnakan oleh ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Audrey Choo Wah.

    Taman itu kini menampilkan taman permainan luar baharu, kawasan permainan Koi dan Tangga yang unik dan taman berbatu yang direka bentuk untuk menyediakan ruang bagi kanak-kanak meneroka dan melibatkan diri dengan alam semula jadi.

    Sebagai satu bentuk kerjasama, Hotel Radisson, Brunei telah menyediakan jamuan ringan dan menghulurkan bantuan semasa aktiviti transformasi itu berlangsung.

    “Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif bermakna ini,” kata Pengurus Besar Hotel Radisson, Brunei, Miriam Wolber.

    Ketua Great Eastern Life Assurance Co Ltd, Cawangan Brunei, Aariz Patrick Ng berkata, melalui inisiatif ini, kami berhasrat untuk membina ruang yang inklusif bagi menggalakkan interaksi dengan alam semula jadi kepada warga Pusat Ehsan.

    Antara aktiviti yang dilakukan semasa majlis tersebut ialah sesi lukisan batu yang melibatkan kanak-kanak dan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.

    Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk kreativiti dan interaksi bersama warga Pusat Ehsan.

    Batu-batu yang telah selesai diwarnakan itu kemudiannya diletakkan di taman tersebut sebagai simbolik sumbangan dan kenangan daripada semua yang terlibat.

    Aariz Patrick Ng dan Miriam Wolber bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Kawasan permainan Koi dan Tangga direka bentuk bagi menyediakan ruang kepada kanak-kanak meneroka dan melibatkan diri dengan alam semula jadi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...