Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Taman Zootopia pertama dibuka di Shanghai

    SHANGHAI, 25 OKT – Taman bertemakan Zootopia pertama di dunia, sebuah taman yang dibina berdasarkan filem animasi Zootopia yang dikeluarkan oleh Walt Disney Animation Studios, akan dibuka di Shanghai pada 20 Disember, umum Shanghai Disney Resort semalam.

    Ia juga akan menjadi taman bertema kelapan di Shanghai Disneyland.

    Pembukaan akan menyaksikan pengenalan tarikan baharu – Zootopia: Hot Pursuit, di mana tetamu akan menaiki kapal penjelajah semua rupa bumi yang dikuasakan oleh sistem perjalanan tanpa landasan dalam penjelajahan penuh aksi melalui daerah Zootopia yang berbeza, serta beberapa pengalaman hiburan bertema baharu.

    Di tingkap Zootopia Park Apartments, yang juga sebahagian daripada taman baharu, barisan penghuni haiwan akan berinteraksi dengan tetamu sepanjang hari.

    Taman baharu itu juga akan menampilkan kedai barangan bertemakan Fru Fru, salah satu watak Zootopia yang popular. – ANN/China Daily

    Watak Zootopia hadir selepas pengumuman taman bertema Zootopia di Shanghai Disney Resort di Shanghai. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...