Monday, April 22, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Xi’an hantar produk getah ke Asia Tenggara menerusi rel-laut

    XI’AN, 25 OKT – Tren ekspres perkhidmatan pengangkutan produk getah menerusi laluan darat-laut dari Xi’an ke Asia Tenggara memulakan operasinya secara rasmi semalam.

    Tren X9642 yang membawa muatan 50 kontena produk getah seberat 900 tan berlepas dari Stesen Pelabuhan Antarabangsa Xi’an, provinsi Shaanxi menuju ke Pelabuhan Qingdao, tempat transit sebelum dihantar ke Asia Tenggara melalui pengangkutan laut.

    Perjalanan itu mengambil masa kira-kira 10 hari dan dapat menjimatkan 16 peratus masa berbanding menerusi pengangkutan darat.

    Xi’an kini mencapai kemajuan baharu dalam pembinaan saluran logistik antarabangsa yang turut membolehkan lebih banyak produk ‘buatan China’ menembusi pasaran luar negara. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL - Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin. Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional...