Monday, December 23, 2024
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tamara Tyasmara minta warganet jangan menyibuk

    Rasa simpati warganet terhadap Tamara Tyasmara bertukar benci apabila pelakon Indonesia berkenaan dilihat kembali menjalani kehidupan normal selepas kematian anak lelakinya pada 27 Januari lalu.

    Orang ramai mula meluat melihat Tamara, 29, yang aktif menghasilkan content di media sosial miliknya serta sudah pun kembali berlakon.

    Menerusi salah satu hantaran di TikTok, Tamara merakam aksinya sedang menari bersama salah seorang pelakon dalam drama terbaharunya seperti tiada apa-apa berlaku.

    Video berkenaan membuatkan warganet berang dan mengkritik aksi pelakon itu walaupun baru sahaja kehilangan anak tersayang.

    Tidak berdiam diri dengan komen jahat terhadapnya, Tamara sebaliknya menyelar warganet agar tidak menjaga tepi kainnya memandangkan mereka tidak mengetahui apa dilaluinya sejak kehilangan anak tersayang.

    “Belum pernah rasa anak mati, kan? Jadi diam saja dan jangan menyibuk!.

    “Yang tulis komen jahat, jom kita jumpa! Biar awda tengok macam mana kehidupan saya selama 24 jam,” katanya memetik laporan mStar.

    Anak Tamara iaitu Allahyarham Dante meninggal dunia selepas ditemukan mati lemas di sebuah kolam renang.

    Hasil siasatan mendapati kekasih Tamara iaitu Yudha Arfandi yang membunuh kanak-kanak malang berkenaan. – Agensi

    Tamara meminta warganet berhenti menjaga tepi kainnya. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda