Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Sikap Nikita seperti budak-budak?

    Pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani memberitahu perwatakan manja seperti kanak-kanak antara punca hubungannya dengan Rizky Irmansyah berakhir dengan perpisahan.

    Nikita memberitahu Rizky mengambil keputusan mengakhiri hubungan mereka hanya selepas sebulan bercinta kerana tidak tahan dengan sikapnya itu.

    Bagaimanapun Nikita atau Nikita Mirzani Mawardi, 38, berkata, dia tidak pernah mempamerkan sikap manja dan gedik dengan lelaki lain.

    “Saya tak pernah menunjukkan sikap manja atau gatal dengan lelaki lain selain pasangan saya.

    “Memang saya akui apabila dengan orang tersayang, saya suka mempamerkan sikap manja sebagai cara menunjukkan rasa cinta,” katanya memetik laporan mStar.

    Nikita tidak pernah mempamerkan sikap manja dan gedik dengan lelaki lain. – www.jawapos.com

    Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata itu masih berharap dapat bertemu dengan seseorang dan menjalinkan hubungan stabil.

    Walaupun ramai tidak mempercayainya, namun Nikita memberitahu dia adalah seorang wanita yang setia apabila melibatkan hubungan.

    “Saya kalau dah sayang seseorang memang saya akan setia pada yang satu itu sahaja,” ujarnya.

    Bagaimanapun kata Nikita, dia tidak dapat memberi jaminan mampu mengubah sikap manjanya jika bertemu jodoh dengan orang lain selepas ini.

    Menganggap ia sebagai satu kelemahan, Nikita memberitahu sehingga saat ini dia masih belum dapat mengatasi perkara itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...