Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tambahan tanpa kebenaran diarah roboh

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan JPBD

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JAN – Dua buah perusahaan penyimpanan barang yang terletak di Kampung Pasai, Mukim Sengkurong diarahkan untuk menghentikan aktiviti dan merobohkan kemajuannya.

    Arahan berkenaan dibuat oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) setelah didapati melanggar Bab 23(2), Perintah Perancangan Bandar dan Desa, 2015 (TCPO) iaitu menjalankan kegiatan perusahaan dan membina tambahan bangunan untuk kegiatan berkenaan tanpa kebenaran perancangan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPBD, kelmarin, kegiatan penyimpanan barang berkenaan dijalankan di atas dua tanah kediaman yang tidak sesuai untuk tujuan penyimpanan.

    Tambahan bangunan yang digunakan sebagai penyimpanan bahan binaan berkenaan melibatkan garis bangunan, tidak teratur dan berbahaya.

    Selepas pemantauan dan pemeriksaan rutin dilakukan pada Disember 2021, pemilik didapati telah mematuhi arahan pihak berkuasa dengan menghentikan aktiviti, merobohkan tambahan bangunan dan membersihkan kawasan tersebut.

    Kenyataan menegaskan, kegagalan dalam mematuhi boleh dikenakan denda sepertimana dalam Bab 23 (6) iaitu tidak melebihi $200,000 dan bagi kesalahan berterusan dikenakan denda tambahan tidak melebihi $10,000 bagi setiap hari selama mana kesalahan itu berterusan selepas disabitkan.

    Sehubungan itu, orang ramai diperingatkan untuk mematuhi undang-undang perancangan khususnya Bab 23 TCPO yang memperuntukkan tiada seorang pun boleh melaksanakan pemajuan atas tanah, memecah atau menyatukan mana-mana tanah atau melaksanakan apa-apa kerja dalam suatu kawasan pemuliharaan tanpa kebenaran perancangan.

    Struktur tambahan yang dibina di salah sebuah rumah berkenaan sebelum dirobohkan.
    Gambar menunjukkan tambahan bangunan yang tidak mendapat kebenaran sebelum dirobohkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...