Saturday, April 27, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tanai kesedaran perubahan iklim

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Mungkin ramai yang kurang mengambil perhatian tentang perubahan iklim yang sedang dihadapi di seluruh dunia dan Brunei ketika ini atau kurang kesedaran mengenainya.

    Namun Minggu Tindakan Iklim sempena Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 melalui Pavilion Minggu Tindakan Iklim mampu menanai sedikit sebanyak kesedaran dan ilmu untuk diterapkan dalam kehidupan harian.

    Di pavilion itu, orang ramai berpeluang menimba ilmu dan berinteraksi dengan mereka yang pakar dalam bidang itu.

    Media Permata sempat menemu bual beberapa pe-ngunjung di pavilion tersebut di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, yang rata-ratanya terpegun dengan konsep dan pengisian pameran.

    Salah seorang pengunjung, Haji Mohd Daud bin Haji Hamdan, mengongsikan pandangan bahawa pameran itu memberi kesedaran tentang perubahan iklim yang perlu kitani tangani sebaik-baiknya sedari awal lagi.

    Awang Firas Fakrullah ketika ditemu bual oleh media. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Menurutnya, banyak maklumat dan input diperolehi daripada pameran ini selain berpeluang merasakan perubahan cuaca semasa memasuki terowong cuaca yang memperlihatkan keadaan dan mengalami suhu kepanasan daripada suhu sekarang kepada suhu yang membimbangkan.

    Manakala pengunjung lain, Dayang Roslina dari Jabatan Saliran dan Pembentungan, Jabatan Kerja Raya memuji penglibatan agensi-agensi kerajaan dan swasta berganding bahu melaksanakan beberapa inisiatif menangani perubahan iklim yang sedang dan sudah dilaksanakan, melalui dapatannya di pameran tersebut.

    Sementara itu, Awang Firas Fakrullah bin Awang Emran, pelajar Tahun 5 dari Sekolah Riverside, Kampung Sungai Matan, bersama rombongan pelajar dan guru sekolah yang membuat lawatan sambil belajar melahirkan perasaan teruja mengetahui lebih lanjut mengenai perubahan iklim ini.

    Ketika mengunjungi petak pameran Petronas, beliau kagum melihat cenderahati alat tulis yang direka dengan menyelitkan benih tumbuh-tumbuhan yang boleh ditanam selepas penggunaannya.

    Di pavilion itu, Dayang Susila Faeza binti Haji Othman dari Sekretariat Perubahan Iklim Brunei di Kementerian Pembangunan berkata, “Sejak pelancaran terowong ini kelmarin, sambutan orang ramai sangat menggalakkan terutama pelajar dan guru-guru yang membuat lawatan sambil belajar ke sini.

    “Rata-rata mereka menghargai dan berpuas hati dengan perkongsian dan pengalaman secara langsung yang memberikan pengajaran bukan hanya secara teori, malah merasakan sendiri pengalaman berbeza dari satu segmen ke satu segmen yang lain dalam terowong yang bersambung dengan Pavilion Minggu Tindakan Iklim,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...