Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Tandukan Havertz membawa Arsenal ke puncak Liga Perdana Inggeris

    LONDON, 26 NOV – Gol minit ke-89 Kai Havertz melonjakkan Arsenal ke puncak Liga Perdana pada semalam selepas menang 1-0 di Brentford.

    Pasukan Mikel Arteta pada awalnya kelihatan terlepas peluang untuk mara ke tangga pertama selepas Manchester City dan Liverpool seri 1-1 pada awal hari.

    Namun Havertz tampil dengan tandukan tegas untuk menjaringkan gol pertamanya daripada permainan terbuka untuk Arsenal sejak menyertai dari Chelsea pada luar musim. Satu-satunya gol pemain antarabangsa Jerman itu datang dari sepakan penalti ketika menentang Bournemouth pada September.

    Golnya di Stadium Gtech Community amat penting memandangkan Arsenal mendahului satu mata daripada juara bertahan City.

    Menemukan hantaran lintang Bukayo Saka di hujung tiang, Havertz menanduk bola ke antara kaki penjaga gol Brentford Mark Flekken.

    Terdahulu, pemain-pemain Arsenal meraikan lebih awal apabila Leandro Trossard, menyangka beliau telah membuka jaringan, tetapi gol tersebut telah diketepikan sebagai ofsaid selepas semakan VAR. – AP

    Kai Havertz (tengah) menjaringkan gol pembukaan pasukannya semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Brentford dan Arsenal di stadium Gtech Community di London, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...