Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Siti Nurhaliza tiada masalah disapa Tok Ti

    Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak melihat panggilan Tok Ti yang digunakan segelintir pihak bagi menyapanya sebagai satu masalah besar.

    Memetik dari mStar, Siti atau Siti Nurhaliza Tarudin, 44, berkata, beliau tidak menghalang orang ramai atau peminat memanggilnya dengan nama itu namun perlu mengikut situasi dan keadaan.

    Kata Siti, sekiranya berada di majlis-majlis formal, beliau lebih memilih untuk dipanggil menggunakan nama penuh.

    “Bagi saya ikut kepada keadaan dan juga masa… Kalau ada keadaan yang saya bersama dengan peminat, saya tiada masalah untuk mereka panggil saya Tok Ti atau sebaliknya.

    “Nak kata jangan panggil saya Tok Ti dan panggil saya Siti Nurhaliza, saya tidak mahu sampai begitu sekali.

    “Cuma kena faham, bila ada acara melibatkan sesuatu yang formal perlu menyebut nama sebenar saya Siti Nurhaliza,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jumaat lalu.

    Siti memberi respon itu susulan kekecohan dalam kalangan peminatnya iaitu SitiZoners yang mempertikaikan segelintir pihak yang memanggilnya dengan gelaran Tok Ti.

    Tidak hanya itu, peminatnya turut menggesa pihak media juga tidak berbuat perkara serupa selain mengeja gelaran darjah kebesaran diterima penyanyi itu dengan ejaan sebenar iaitu Dato’ Sri.

    Ini kerana menurut peminat panggilan serta ejaan yang salah itu dilihat sebagai biadab dan tidak menghormati Siti selain mahu seragamkan carian nama penyanyi berkenaan di internet. – Agensi

    Menurut Siti Nurhaliza, gelaran Tok Ti perlu digunakan mengikut kesesuaian keadaan dan juga masa. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...