Saturday, June 29, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    TAP: Majikan gagal daftarkan pekerja

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Bagi memastikan setiap pekerja mempunyai simpanan persaraan untuk kesejahteraan hari persaraan mereka, Tabung Amanah Pekerja (TAP) melalui Unit Penguatkuasaan telah meneruskan lagi siri lawatan yang melibatkan premis-premis perniagaan di sekitar kawasan Beribi Gadong, Daerah Brunei dan Muara, pada 18 Januari lalu.

    Hasil daripada lawatan tersebut, pegawai-pegawai pemeriksa TAP telah memeriksa sebanyak 30 premis majikan dan didapati masih ada lagi majikan yang gagal mendaftarkan dan mencarumkan pekerjanya di bawah skim TAP dan SCP iaitu tiga orang pekerja
    tempatan.

    TAP memaklumkan majikan bahawa proses pendaftaran dan pembayaran caruman pekerja adalah dipermudahkan dengan hanya menggunakan perkhidmatan online TAP, e-Amanah dengan log masuk ke akaun majikan melalui laman sesawang TAP, www.tap.com.bn.

    Para majikan tidak perlu lagi berurusan melalui kaunter-kaunter perkhidmatan TAP seperti sebelumnya.

    TAP juga menasihatkan majikan untuk mendaftarkan pekerjanya ke skim TAP dan SCP, bagi mengelak kesalahan di bawah Bab 26, Akta Amanah Pekerja, di mana majikan boleh didenda tidak kurang $3,000 bagi kesalahan pertama dan tidak lebih $10,000 bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

    Bagi isu-isu yang berkaitan dengan hal ehwal penguat-kuasaan seperti tidak didaftar dan tiada pembayaran caruman, pihak pengadu boleh mengongsikan maklumat melalui hotline Unit Penguatkuasaan TAP di talian 8998290 atau e-mel kepada enforcement@tap.com.bn.

    Antara lain objektif lawatan berkenaan ialah bagi memastikan setiap majikan bertanggungjawab dalam mendaftarkan dan membayar caruman skim TAP dan SCP pekerja-pekerja mereka.

    Pekerja yang ingin membuat sebarang aduan mengenai caruman yang tidak dibayar atau belum didaftarkan dinasihatkan untuk mengunjungi mana-mana cawangan TAP yang berdekatan, atau menghubungi Pusat Panggilan TAP di talian 2382929 semasa waktu bekerja. Bagi ahli yang telah berdaftar ke perkhidmatan online TAP, e-Amanah, aduan juga boleh dibuat dengan log masuk ke akaun ahli melalui laman sesawang TAP.

    Pegawai-pegawai TAP membuat pemeriksaan di salah satu premis. – Gambar serahan TAP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...