Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tarian singa ceriakan warga Sekolah Sinaran Pelangi

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 FEB – Dalam mempamerkan budaya dan perpaduan, Sekolah Sinaran Pelangi pagi tadi menganjurkan persembahan tarian singa anjuran Persatuan Amal Unity.

    Majlis dihadiri oleh para pelajar, ibu bapa, guru-guru, pengetua dan ahli-ahli lembaga pengarah dalam sama-sama memeriahkan suasana di kawasan sekolah.

    Pengerusi sekolah, Loo Shee Yun dalam ucapannya menyatakan bahawa acara itu menandakan tarian singa yang pertama kali diadakan di Sekolah Sinaran Pelangi.

    Beliau berharap perayaan kebudayaan itu akan menjadi tradisi, membawa kegembiraan dan perpaduan kepada komuniti sekolah untuk tahun-tahun akan datang.

    Persembahan yang penuh warna dan bertenaga itu mempamerkan kekayaan warisan dan nilai yang ingin dipromosikan oleh Persatuan Amal Unity melalui acara kebudayaan mereka.

    Warga Sekolah Sinaran Pelangi bergambar ramai bersama singa yang membuat persembahan di sekolah itu. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...