Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Taklimat Kenegaraan di Sekolah Arab Temburong

    TEMBURONG, 12 FEB – Dalam usaha berterusan untuk menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Temburong telah mengadakan Program Taklimat Kenegaraan Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam bagi Sekolah Arab Temburong bertempat di dewan sekolah berkenaan.

    Turut hadir pada taklimat berkenaan ialah Guru Besar Sekolah Arab Temburong, Awang Morsidi bin Haji Tuah; Timbalan Guru Besar, Dayang Hashidah binti Haji Awang dan para tenaga pengajar sekolah.

    Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai Penerangan, Hajah Nooramalina binti Haji Mohd Daud, selaku Pemangku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Temburong, Jabatan Penerangan kepada seramai 63 orang penuntut Tahun 5 hingga 8.

    Antara yang disentuh adalah mengenai raja, tatacara menaik-kibarkan bendera negara iaitu hendaklah memastikan bendera negara dalam keadaan sempurna dan bersih, tidak koyak dan pudar warnanya dan sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam, Allah Peliharakan Sultan. Para penuntut juga berpeluang menyaksikan klip video animasi Tatacara Menaikkan Bendera Negara.

    Taklimat diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para penuntut yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan yang dikendalikan oleh Jabatan Penerangan.

    Pelajar yang berjaya menjawab kuiz kenegaraan menerima hadiah. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Gambar ramai pada Program Taklimat Kenegaraan yang diadakan Sekolah Arab Temburong. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...