Tuesday, October 1, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tash teruja pertama kali bawa baby keluar jalan

    Selepas tiga bulan melahirkan cahaya mata pertama, pelakon Tash Yong teruja berkongsi pengalaman manis saat menguruskan anak sulungnya itu.

    Kata Tash Yong atau nama sebenarnya Nur Natasha Shazila Rosli, 34, kehidupannya kini berubah sepenuhnya dan mengakui bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu, kongsi mStar.

    Namun aktres itu bersyukur kerana suaminya iaitu Boss Kay atau Azlee Abd Aziz banyak membantu dalam menguruskan hal anak.

    “Sambil menulis ini saya tersenyum kerana pengalaman menjadi ibu ini sangat indah bagi saya.

    “Sekarang tidur malam tidak lena macam dulu, asyik terjaga sahaja sebab nak layan anak tapi bila tengok senyuman dia aduh saya cair.

    “Ya kehidupan sebagai ibu sangat mencabar tetapi ia sangat berbaloi. Alhamdulillah suami pun selalu ada untuk membantu. Terima kasih suami,” katanya.

    Tash berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Dalam pada itu, Tash Yong turut berkongsi pengalaman pertama kali membawa anak mereka iaitu Kay Aydeen mengunjungi pusat membeli-belah.

    Cerita Tash, dia kini mengambil masa selama lima jam untuk bersiap kerana menyedari bukan mudah untuk keluar bersama anak damit yang masih kecil. – Agensi

    Tash Yong (kanan) teruja berkongsi pengalaman manis saat menguruskan anak sulungnya. – Gambar Harian Metro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda