Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tasik paling dalam di dunia dalam bahaya

    MOSCOW -Tasik Baikal sedang mengalami krisis yang berbahaya dalam sejarah seperti yang dikatakan oleh pakar kerana kerajaan telah melarang penangkapan ikan dikenali yang telah hidup di tasik terdalam di dunia selama bekurun namun sekarang di bawah ancaman.

    Memegang satu per lima daripada air tawar yang tidak tercemar di dunia, Baikal di Siberia Rusia adalah keajaiban alam “nilai luar biasa untuk sains evolusi” yang menyenaraikannya sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.

    Biodiversiti tinggi Baikal termasuk lebih 3,600 spesies tumbuhan dan binatang, kebanyakannya adalah yang tinggal di tasik itu. Sepanjang beberapa tahun lalu, bagaimanapun, tasik yang menjadi tarikan pelancong daripada luar negara ini telah dilumpuhkan oleh satu siri fenomena yang memudaratkan, yang sebahagiannya tetap menjadi misteri kepada saintis.

    Mereka memasukkan kehilangan ikan omul, pertumbuhan pesat alga putrid dan kematian spesies-spesies endemik di kawasan luas 3.2 juta hektar (7.9 juta ekar).

    Bermula dari bulan Oktober, kerajaan memperkenalkan larangan terhadap semua perdagangan ikan omul, spesies daripada famili ikan salmon yang hanya boleh dijumpai di Baikal, ditakuti “akibat yang tidak boleh dipulihkan semula terhadap populasi ikan itu”, beritahu agensi perikanan Rusia kepada AFP.

    Pada tahun lepas, Timoshkin telah membuat ujian terhadap 170 jenis span dan “hanya 11 peratus daripadanya yang kelihatan sihat.”

    “Jumlah biojisim ikan omul di Baikal lebih daripada separuh sejak 15 tahun yang lalu” daripada 25 juta tan kepada haya 10 juta seperti yang dikatakan oleh agensi.

    Ahli biologi perikanan tempatan, Anatoly Mamontov mengatakan bahawa pengurangan itu adalah disebabkan oleh penangkapan ikan yang tidak dikawal dengan tekanan berlebihan yang datang daripada iklim.

    “Stok air Baikal terikat terhadap iklim,” katanya. “Sekarang terdapatnya kemarau, sungai-sungai semakin cetek, terdapatnya kurang nutrien. Permukaan Baikal semakin panas dan ikan omul tidak menyukai air yang suam.”

    UNESCO pada bulan lepas “mencatatkan dengan perhatian bahawa ekosistem tasik itu dilaporkan dibawah tekanan yang ketara” dan pengurangan dalam stok ikan itu hanya satu daripada kesan yang boleh dilihat.

    Ikan omul Baikal, keistimewaan yang terkenal, selama berkurun telah menjadi sumber makanan yang penting, dimakan secara masak atau bakar, dan adalah sangat penting memandangkan rantau ini tidak mempunyai pertanian.

    Bahaya yang lain kepada ekosistem tasik adalah meningkatnya bunga alga yang tidak alami ke Baikal dengan alga Spirogyra tebal busuk yang menyelimuti pantai berpasir yang murni, yang mana menurut beberapa saintis mengatakan bahawa tasik itu tidak lagi mampu menyerap pencemaran manusia tanpa akibat.

    “Saya 150 peratus yakin bahawa ia adalah disebabkan oleh buangan air yang tercemar” daripada bandar-bandar yang tidak mempunyai loji rawatan kumbahan yang betul, khususnya bagi detergen yang mengandungi fosfat seperti yang dikatakan oleh Oleg Timoshkin, seorang ahli biologi di Institut Limnologi Akademi Sains Rusia di Irkutsk.

    Lima belas tahun yang lalu, beberapa buah kampong indah tasik itu hanya mempunyai dua jam elektrik sehari, namun sekarang akses kuasa yang berkembang bermaksud “setiap babushka menyewakan bilik dan mempunyai mesin basuh,” katanya.

    Tasik yang mempunyai kedalaman 1,700 meter (5,580 kaki), dan pelancongannya kini memberikan kehidupan kepada ramai penduduk untuk menggantikan perikanan.

    Pelancong luar Negara sering meluangkan masa di Baikal semasa melakukan perjalanan keretapi TransSiberia dan dalam tahun kebelakangan ini, banyak rakyat China telah datang ke sana sejak Rusia mempermudahkan keperluan visa. Penduduk Rusia juga menyukai kawasan ini selain daripada menyukai laluan mendaki, perkhemahan dan pemandangan yang menakjubkan.

    Timoshkin mengatakan bahawa tiga zon kritikal berdekatan kawasan yang didiami “bahagian bawahnya tidak seperti Baikal” dan alga telah menolak moluska dan krustasea yang kaya dengan oksigen.
    Alga reput menutupi pesisiran Tasik Baikal yang mana telah dilumpuhkan oleh satu siri fenomena yang memudaratkan. – AFP

    Timoshkin telah meluaskan lagi ujian Baikal bagi penyebaran Spirogyra dan mengatakan bahawa dalam tiga zon kritikal berhampiran kawasan penduduk “bahagian bawahnya tidak kelihatan seperti Baikal” dan alga telah menolak moluska dan krustasea yang kaya dengan oksigen.

    Berdekatan dengan bandar Listvyanka, pusat pelancongan berhampiran kepada pusat wilayah Irkutsk, “15 tahun yang lalu terdapatnya hutan span bawah air, sekarang ia semua telah mati,” kata Timoshkin.

    Pada tahun lepas. Timoshkin telah membuat ujian terhadap 170 jenis span sepanjang pantai Baikal dan “hanya 11 peratus kelihatan sihat,” katanya. “Bila anda mengambil span yang sudah mati daripada permukaannya, ia berbau seperti bangkai.”

    Jika membuang air yang tercemar ke dalam tasik tidak dihentikan, “kawasan pantai yang cetek akan mengalami perubahan dengan teruk,” katanya sambil menyeru larangan ke atas bahan yang mengandungi fosfat di rantau ini dan membina “loji rawatan kumbahan terbaik di Rusia.”

    Presiden Vladimir Putin dalam bulan Ogos mengadu mengenai “pencemaran yang sangat tinggi” semasa lawatannya ke Tasik Baikal dan memanggil pemeliharaannya itu sebagai “keutamaan kerajaan”.

    Satu undang-undang khas 1999 di Rusia menunjukkan langkah perlindungan untuk Tasik Baikal. Kerajaan juga menyediakan 26 bilion rubel (kira-kira $452 juta, 385 juta euro) ke dalam program pembersihan, yang bermula pada tahun 2012, untuk membiayai kemudahan rawatan, walaupun pakar tempatan mengatakan banyak wang yang telah dibazirkan.

    Dalam bandar, Babushkin di pesisir Baikal, jutaan dolar telah pun dibelanjakan bagi sebuah loji rawatan baru akan tetapi bakteria yang bermaksud untuk membersihkan air telah gagal untuk berfungsi pada musim sejuk Siberia seperti yang telah dikatakan oleh media tempatan.

    “Seperti biasa, ketegasan undang-undang kita diganti rugi dengan fakta bahawa mengikut mereka adalah pilihan,” kata Sergei Shapkhayev, seorang ahli ekologi berpangkalan di Buryatia. “Wang telah diperuntukkan namun ia telah dicuri.”

    Pembiayaan sains semakin berkurangan sewaktu mengkaji mengenai Baikal yang paling penting seperti yang dinyatakan oleh Timoshkin dan Mamontov. “Bagaimana anda boleh memotong biaya semasa berlakunya krisis?” tanya Timoshkin.

    “Ia seperti menyerang ahli epidemiologi semasa wabak cacar.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda