Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tata Group bina kilang bateri di UK

    LONDON, 28 FEB – Konglomerat India, Tata Group mengumumkan hari ini bahawa kilang baharunya yang bernilai berbilion pound untuk menghasilkan bateri akan ditempatkan di Bridgwater, barat daya England.

    Kilang bernilai AS$5 bilion terletak di daerah Somerset, barat daya England, akan menjadi kilang besar pertama Tata di luar India.

    Agratas, perniagaan bateri global Tata Group, mengesahkan hari ini kilang 40 GWj itu akan dibina di Kampus Pintar Gravity Bridgwater.

    Kilang di United Kingdom, yang diumumkan oleh Tata, pemilik Jaguar Land Rover (JLR), mengumumkan pada Julai, akan menjadi salah satu tapak pembuatan sel bateri terbesar di Eropah.

    Kilang itu dijangka mewujudkan sehingga 4,000 pekerjaan berteknologi hijau di kawasan itu, dengan ‘ribuan’ lagi dijangka akan diwujudkan secara tidak langsung, kata Agratas dalam satu kenyataan.

    “Pelaburan kami yang bernilai berbilion pound akan membawa teknologi terkini kepada Somerset, membantu meningkatkan peralihan Britain kepada mobiliti elektrik sambil mewujudkan ribuan pekerjaan dalam proses itu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Agratas, Tom Flack.

    Pembinaan akan dilakukan secara berperingkat dengan pengeluaran bateri dijadualkan bermula pada 2026, kata kenyataan.

    JLR dan Tata Motors akan menjadi ‘pelanggan pertama’ mereka, tambahnya. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...