Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sindiket seludup etnik Rohingya tumpas

    PUTRAJAYA, 28 FEB – Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penyeludupan etnik Rohingya dalam satu operasi khas di sekitar Kota Bharu, Kelantan, Ahad lepas.

    Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata seramai 10 individu termasuk seorang lelaki dikenali Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket berkenaan serta dua lagi disyaki tekong darat, telah ditahan dalam operasi yang dilakukan kira-kira 1 pagi.

    Beliau berkata, serbuan dilakuan hasil risikan oleh Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dan Kelantan bermula 1 pagi susulan penahanan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lepas.

    Katanya, pasukan operasi mengesan sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa dipercayai dipandu tekong darat sebelum kenderaan itu berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh.

    “Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi, tindakan pantas PASTAK berjaya menahan Ali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Beliau berkata pemeriksaan lanjut ke atas kereta berkenaan menemukan tiga wanita dan seorang lelaki warga Myanmar berumur 19 dan 21 tahun, yang dipercayai berhenti di sebuah stesen minyak dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

    Susulan penahan itu, suspek membawa pihak berkuasa ke sebuah rumah dipercayai kediaman Ali dan menemukan sepucuk pistol angin, sebelum menyerbu sebuah rumah lagi di Pengkalan Kubor, Kota Bharu. – Bernama

    Ruslin bercakap pada sesi temu bual khas bersama Bernama pada 27 Februari. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...