Friday, September 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tatum dahagakan kejayaan

    BOSTON, 25 SEPT – Jayson Tatum menyatakan bahawa Boston Celtics kini bersemangat untuk menambah lebih banyak gelaran, menjelang musim baharu NBA yang akan bermula bulan depan.

    Selepas bertahun-tahun mengalami kekecewaan dalam playoff, Tatum dan Celtics akhirnya menamatkan kemarau kejuaraan selama 16 tahun pada Jun lalu, meraih gelaran NBA yang ke-18, yang merupakan rekod baharu.

    Dalam sesi media di Boston kelmarin, Tatum berkata kemenangan musim lalu hanya permulaan bagi era baharu kejayaan pasukan.

    “Ia bukan hanya tentang memenangi satu kejuaraan sahaja. Kini, kami berada dalam kumpulan sama dengan pasukan-pasukan hebat Celtics yang lain,” katanya.

    Tatum, yang juga merupakan anggota skuad pemenang pingat emas USA di Sukan Olimpik Paris, menambah bahawa memasuki musim baharu sebagai juara NBA memberikan perasaan yang berbeza.

    Celtics akan memulakan musim 2024-2025 dengan kebanyakan pemain daripada skuad yang memenangi kejuaraan musim lalu masih dikekalkan.

    Brad Stevens, bekas jurulatih Celtics yang kini Presiden Operasi Bola Keranjang, berkata dia tidak ragu-ragu untuk mengekalkan hampir keseluruhan pasukan tersebut bagi musim ini.

    Jurulatih Celtics, Joe Mazzulla, berkata musim ini akan menjadi ujian bagi motivasi dalaman pasukan.

    Boston akan memulakan kempen NBA 2024-2025 menentang New York Knicks pada 22 Oktober ini. – AFP

    Jayson Tatum bercakap kepada media semasa Hari Media Boston Celtics di The Auerbach Centre pada 24 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda