Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Taufan Krathon landa Taiwan

    TAIPEI, 3 OKT – Taufan Krathon mendarat di selatan Taiwan hari ini dengan bergerak perlahan ke utara dan menyebabkan lebih banyak kecederaan akibat kemalangan yang disebabkan angin kencang dan hujan lebat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Pada 12:40 tengah hari, ribut itu melanda Bandar Kaohsiung di selatan Taiwan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA).

    ‘Amaran Angin Kencang Peringkat Kebangsaan’ telah dikeluarkan untuk penduduk di Kaohsiung dan daerah Pingtung yang berdekatan menggesa mereka agar kekal di dalam rumah.

    Pelabuhan Kaohsiung mencatatkan rekod tiupan angin selaju 63.1 meter sesaat (m/s), dengan ombak setinggi 8.4 meter menghempas benteng. Peralatan besar, termasuk pemunggah arang batu turut tumbang, lapor Nextapple News.

    Pusat Operasi Kecemasan Pusat (CEOC) hari ini melaporkan bahawa angka kematian akibat taufan itu kekal dua, manakala seorang lagi di timur daerah Hualien masih hilang. Jumlah kecederaan pula meningkat kepada 219, berbanding 102 kelmarin. – Bernama

    Sepohon pokok tumbang selepas Taufan Krathon mendarat di Kaohsiung pada 3 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda