Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Taufan Norma mendarat di Los Cabos, Tammy landa Barbuda

    CABO SAN LUCAS, 22 OKT – Taufan Norma mendarat berhampiran pusat peranginan Los Cabos di hujung selatan Semenanjung Baja California Mexico pada petang kelmarin dan beberapa jam kemudian Taufan Tammy mendarat di pulau Barbuda Caribbean.

    Kedua-dua ribut itu ialah taufan Kategori 1 ketika melanda.

    Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat berkata, Norma pernah menjadi taufan Kategori 4, bergerak ke darat dengan angin 130 kilometer sejam (kmsj) berhampiran el Pozo de Cota, barat laut Cabo San Lucas.

    Norma kemudiannya menjadi lemah kepada ribut tropika dengan angin 110kmsj ketika ia melintasi Semenanjung Baja California dan kelmarin taufan tersebut menghampiri Laut Cortez, juga dikenali sebagai Teluk California.

    Para peniaga di Cabo San Lucas telah menampal papan lapis pada tingkap mereka dan kakitangan kerajaan menggantung sepanduk yang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyeberangi aliran sungai selepas Norma kembali kuat dan sekali lagi menjadi ribut besar pada Jumaat.

    Norma terletak kira-kira 70km utara-timur laut Cabo San Lucas lewat kelmarin, kata Pusat Taufan Kebangsaan. Ia bergerak ke utara-timur laut pada 9kmsj, tetapi dijangka beralih ke timur hari ini.

    Presiden Andrés Manuel López Obrador berkata melalui platform X bahawa, tidak ada laporan kehilangan nyawa akibat ribut itu. – AP

    Ombak kuat yang disebabkan oleh taufan Norma melanda pantai di San Jose del Cabo pada 21 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...