Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Taufan Orlene hentam Mexico

    MEXICO, 4 OKT – Taufan Orlene membawa angin kencang dan hujan lebat ke pantai barat laut Pasifik Mexico pada Isnin tetapi segera kembali reda apabila ia bergerak ke pedalaman, menurut pusat kaji cuaca.

    Orlene membadai di darat sebagai taufan Kategori Satu yang paling rendah pada skala lima membawa angin berkelajuan maksimum 85 batu (140 kilometer) sejam, kata Pusat Taufan Kebangsaan (NHC) AS.

    Taufan itu segera kehilangan kekuatannya apabila ia bergerak ke daratan dan dikurangkan kepada lekukan tropika beberapa jam kemudian, tetapi masih menimbulkan risiko banjir kilat dan tanah runtuh, kata NHC.

    Bot telah dinaikkan ke darat di bandar tepi pantai Mazatlan di negeri Sinaloa sebelum Orlene membadai. Manakala segala permis perniagaan pula menaikan tingkap dan meletakkan beg pasir sekiranya berlaku banjir.

    Orlene telah bertambah kuat kepada taufan Kategori 4 kuat pada Ahad di Pasifik, mendorong amaran untuk penduduk kawasan berisiko untuk berlindung di tempat perlindungan sementara, tetapi kehilangan kekuatan apabila ia menghampiri pantai.

    Angin bertiup berterusan secara maksimum kini menurun kepada hampir 35 batu (55 kilometer) sejam, dan Orlene dijangka berhenti menjelang malam Isnin, menurut NHC.

    Siklon tropika melanda Mexico setiap tahun di kedua-dua pantai Pasifik dan Atlantiknya, biasanya antara Mei dan November.

    Pada Oktober 1997, Taufan Paulina melanda pantai Pasifik Mexico sebagai ribut Kategori 4, menyebabkan lebih 200 orang maut. – AFP

    Seorang penduduk mengayuh basikal di sepanjang pantai di Mezatlan, Mexico, ketika Taufan Orlene menghampiri bandar tersebut. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...