Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tawaran eksklusif pemegang kad Baiduri sempena TBC

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Sempena memeriahkan musim perayaan menjelang Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Bank Baiduri akan menawarkan pelbagai tawaran eksklusif kepada pemegang kad bank.
     
    Pemegang kad kredit dan debit Baiduri boleh menikmati rebat tunai sehingga 38 peratus apabila mereka menikmati hidangan di restoran-restoran terpilih pada 9 Februari dan 24 Februari (Chap Goh Mei). Rebat tunai dihadkan pada $68.
     
    Manakala pelanggan yang berjaya memohon Kad Visa Royal Brunei Bank Baiduri dari 9 hingga 24 Februari akan menikmati pengecualian yuran tahunan selama empat tahun. 
     
    Begitu juga bagi mereka yang memilih kad kredit atau debit Baiduri lain akan menerima pengecualian yuran tahunan tiga tahun.
     
    Selain itu, bank berkenaan juga memperkenalkan tawaran pelupusan bil yang menarik bagi pemegang kadnya di mana 30 pemegang kad berpeluang memenangi pelupusan bil sebanyak $188 apabila mereka membelanjakan sekurang-kurangnya $50 dalam satu resit di mana-mana restoran semasa tawaran TBC.
     
    Ketua Perbankan Runcit di Bank Baiduri, Lim Kian Chiong berkata, “Menjelang TBC, kami komited untuk menambah kemeriahan perayaan bagi pemegang kad Bank Baiduri kami, di mana matlamat kami adalah untuk menjadikan tempoh perayaan lebih menyeronokkan dengan tawaran makan malam eksklusif, justeru mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan ketika kami bersama-sama mengalu-alukan kedatangan Tahun Naga.”
     
    Antara restoran yang terpilih termasuk Restoran All Seasons, Emperor’s Court, Excapade Japanese Sushi, I-Lotus, Restoran Nyonya dan Pondok Sari Wangi.
     
    Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini Bank Baiduri, layari laman web atau ikuti akaun media sosial Baiduri.
     
    Gambar Freepik
     
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...