Tuesday, April 8, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tawaran hebat untuk generasi emas

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Concepts Computer kini menyediakan tawaran hebat bagi mereka yang mencapai umur 50 tahun menerusi Promosi Generasi Emas yang akan berjalan sehingga penghujung Oktober ini atau sementara stok masih ada.

    Antara yang ditawarkan dalam promosi berkenaan adalah harga istimewa bagi komputer riba Acer TravelMate B311-32-P93Q dan Acer Aspire 3 AS315-35C1E0/C3ZU.

    Selain itu, pelanggan daripada generasi emas juga berhak menerima Microsoft Office 2021 secara percuma bagi pembelian mana-mana komputer riba berkenaan.

    Selain itu, pencetak Epson L3250 Multi-function colour genuine ink-tank turut ditawarkan pada harga diskaun.

    Pengurus Besar Concepts Computer, Vincent Pao berkata, Concepts berharap dapat memberi kembali kepada generasi emas dengan menawarkan promosi hebat ini supaya mereka mendapat banyak manfaat daripada menjadi celik IT, memberikan mereka keupayaan untuk berhubung dengan media sosial, malah memberi peluang untuk meningkatkan produktiviti mereka, melalui IT, membawa mereka lebih dekat dengan generasi moden.

    Untuk menambah kemeriahan, pembelian sama ada komputer riba Acer atau pencetak Epson yang ditawarkan juga akan melayakkan pelanggan mendapat hadiah percuma.

    Eksekutif Pemasaran Concepts Computer, Awang Zul bin Abdul Rahman dan kakitangan Concepts Computer menunjukkan produk yang ditawarkan pada harga istimewa sepanjang promosi berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda