Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar serahan BIBD
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Sempena Pesta Pengguna ke-26 (CF 26), Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran menarik pada acara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC) bermula hari ini hingga 15 Januari.
Antara promosi menarik adalah pengunjung boleh mendaftar untuk mendapatkan kad kredit ‘Mesra Alam’ terbaharu BIBD dan nikmati pengecualian tiga tahun percuma untuk yuran tahunan selain hadiah mesra alam.
BIBD dalam kenyataan, mengatakan kad mesra alam itu direka menggunakan teknologi dan fungsi sama seperti kad plastik konvensional, tetapi ia diperbuat daripada bahan boleh diperbaharui, memerlukan kurang tenaga untuk dihasilkan dan tidak mengeluarkan toksin apabila dihapus semasa pembakaran.
Selain memberi impak dan menyumbang ke arah kebaikan yang lebih besar melalui aspirasi dan menjadikannya satu kenyataan melalui BIBD Aspirasi 5, orang ramai yang berminat boleh berinteraksi dengan wakil BIBD di pavilion untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai program simpanan dan ganjaran.
BIBD Aspirasi adalah sebahagian daripada aspirasi bank sebagai Rakan Kongsi dalam Kemajuan ke arah membina asas kewangan yang kukuh dan celik kewangan dalam kalangan orang awam, menerusi galakan dan insentif amalan menabung.






Ia selaras dengan komitmen BIBD untuk mencapai kemapanan Maqasid Syariah.
Selain itu, pelanggan yang masih belum mengaktifkan QuickPay dan Kad Maya BIBD boleh mengunjungi petak pameran BIBD semasa CF 26 dan mendapat $5 percuma apabila kad diaktifkan.
Pengunjung CF 26 juga menikmati penyelesaian pembayaran digital BIBD melalui Dompet BIBD NEXGEN dan menyokong pembekal tempatan pada masa yang sama dengan pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai disediakan di pameran itu.
Manakala BIBD Securities juga menawarkan yuran khas 0.5 peratus ke atas mana-mana dana bersama yang didaftarkan pada acara itu.
Pelanggan juga boleh memohon pembiayaan peribadi baharu dan menikmati pengecualian yuran 100 peratus.

