Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayangan amal kehidupan al-marhum putera diraja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, satu dokumentari mengenai Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim akan ditayangkan di pawagam di seluruh negara bermula 29 Julai ini.

    Menurut kenyataan daripada Progresif, dokumentari berjudul Prince Azim – Son of Arts adalah produksi eksekutif adik-beradiknya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah mengisahkan kehidupan al-marhum dari kecil dan kehidupan peribadinya.

    Dokumentari diarahkan oleh Sumardi Hedus dari Relentless Entertainment itu akan berkisar mengenai kehidupan, minat dan kecintaan al-marhum melalui kaca mata keluarga, rakan dan orang-orang yang pernah dibantunya. Ia akan ditayangkan di pawagam terpilih di seluruh negara untuk tontonan umum.

    Tayangan perdana anjuran bersama rakan media dan pemasaran, Progresif serta penganjur venue, Times Cineplex itu akan diadakan pada 29 Julai ini di pawagam The Empire. Tayangan lain akan diadakan di Times Cineplex di The Empire, Daerah Tutong dan Daerah Kuala Belait pada 31 Julai dan 1 Ogos. Hasil jualan tiket akan disumbangkan kepada badan amal yang dekat di hati al-marhum termasuklah YASKA, Pusat Ehsan, KACA dan SMARTER Brunei.

    Tiket-tiket boleh dibeli melalui aplikasi mudah alih Times Cineplex atau di pawagam berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda