Friday, February 21, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tayangan filem Barbie ditangguhkan di Punjab

    LAHORE, PAKISTAN, 23 JULAI – Tayangan filem Barbie telah ditangguhkan di wilayah Punjab, Pakistan baru-baru ini kerana “kandungan yang tidak sesuai”, kata pegawai.

    Filem di Pakistan perlu mendapat kelulusan daripada lembaga wilayah yang menapis apa sahaja yang dianggap melanggar nilai sosial dan budaya negara itu.

    “Akan ada semakan penuh terhadap filem itu, dan ia akan ditapis di mana difikirkan perlu,” kata setiausaha Lembaga Penapis Filem Punjab, Farrukh Mahmood kepada AFP.

    Katanya, filem komedi fantasi yang dibintangi oleh Margot Robbie sebagai anak patung terkenal dan Ryan Gosling sebagai teman lelakinya, Ken, akan dibenarkan untuk ditayangkan sebaik proses semakan dan penapisan selesai.

    Lembaga tidak menjelaskan kandungan mana yang tidak sesuai atau sebabnya.

    Walaupun peminat di wilayah terpadat di Pakistan perlu menunggu untuk menonton Barbie, filem itu dijadualkan ditayangkan mulai Jumaat di ibu kota Islamabad dan wilayah selatan Sindh, di mana ia telah mendapat kelulusan daripada lembaga penapis masing-masing.

    “Saya sudah tidak sabar untuk menonton Barbie selama berbulan-bulan. Tidak masuk akal bahawa ia boleh ditayangkan di Karachi atau Islamabad, tetapi tidak di Lahore,” kata seorang penduduk di ibu kota Punjab, Lahore, Nousheen Saad kepada AFP. – AFP

    Penonton wayang melihat poster filem Barbie di sebuah pawagam di Islamabad, 21 Julai. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda